Tarikh : 27 Oktober 2017 - 5 November 2017
Masa : 10.00 pagi - 12.00 malam
Lokasi : Tapak Expo Majlis Daerah Gerik

 

WhatsApp Image 2017-11-05 at 12.23.05 PM

 

Tujuan

Untuk memperkenalkan produk makanan halal dari Thailand kepada penduduk di Malaysia. Selain itu, karnival ini dapat mengeratkan hubungan antara Malaysia dengan negara jiran.

 

Aktiviti

Majoriti penjual di karnival ini berasal dari Thailand dan mereka menjual makanan-makanan halal yang juga dari Thailand. Selain itu, terdapat produk lain seperti aneka kerongsang, kosmetik, tudung, kasut sukan, karpet, pakaian, gadget dan aksesori dengan harga yang sangat berpatutan. Terdapat juga bermacam-macam acara seperti jualan happy hour, jualan clear stok jualan cuci gudang, jualan harga borong, artis-artis jemputan, persembahan muai thai dan bermacam-macam lagi acara spontan yang menghiburkan.

 

Gambar di sini

 


 

Tarikh : 17 November 2017
Masa : 10.00 pagi - 6.00 petang
Lokasi : Pusat Internet Gerik
Peserta : Amanah Ikhtiar Malaysia
Kerjasama   : PI Gerik, PI Felda Lawin Selatan dan PI Felda Bersia

 

23621408 704666183058172 7395424171204063729 n

 

Tujuan

Program Dashboard Komuniti kali ini dihadiri oleh 40 orang ahli Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) Cawangan Gerik. Tujuan program ini diadakan adalah untuk mempromosikan aplikasi Dashboard Komuniti kepada komuniti setempat khususnya AIM Cawangan Gerik. Program ini juga dapat meningkatkan bilangan keahlian baru PI, menarik minat semua golongan datang ke PI dan mengeratkan ukhwah di antara masyarakat setempat. Di samping itu, program ini dapat menyediakan satu platform untuk mempromosikan produk atas talian.

 

Aktiviti

Program ini terbahagi kepada dua sesi iaitu sesi pagi dan sesi petang. Pada sesi pagi, para peserta diberi penerangan tentang dashboard termasuklah MyKomuniti, MySoal, MyHealth, MySkool, MyPlace dan MyShop. Manakala pada sesi petang, mereka melakukan aktiviti photoshoot produk masing-masing untuk dimuatnaik ke dalam aplikasi Dashboard Komuniti dan secara tidak langsung dapat membantu mereka untuk mempromosikan produk. Selain itu, para peserta dapat memeriksa bacaan tekanan darah masing-masing. Pada akhir program terdapat segmen cabutan bertuah untuk semua peserta.

 

Gambar di sini

 


 

 

 Tarikh : 24 Oktober 2017
 Masa : 3.30 petang - 5.30 petang
 Lokasi : Pusat Internet Gerik
 Peserta : Pelajar sekolah rendah

 

WhatsApp Image 2017-10-27 at 9.10.08 AM.jpegresize

 

Tujuan

Kelas kali ini menampilkan pelajar sekolah rendah tahap dua. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk menggalakkan para pelajar mempelajari komputer dan seterusnya mahir menggunakan PowerPoint.

 

Aktiviti

Para pelajar didedahkan perkara asas tentang cara-cara menghasilkan pembentangan yang menarik tentang diri masing-masing. Mereka belajar memasukkan gambar dalam slide, menambah shape, mewarna, menyimpan file, view slide dan sebagainya.

 

Gambar di sini

 


 

Tarikh : 6 November 2017
Masa : 3.00 - 5.00 petang
Lokasi : Pusat Internet Gerik
Peserta : Pelajar tahun 5

 

WhatsApp Image 2017-11-06 at 4.47.13 PM 4.jpegresize


Tujuan

Kelas kali ini diadakan untuk menghasilkan iklan dengan menggunakan Microsoft Publisher 2010. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan tentang penggunaan Microsoft Publisher terutamanya tujuan pengiklanan.

 

Aktiviti

Para peserta diajar tentang cara-cara membuat iklan potongan harga buku rujukan untuk sesebuah kedai buku. 

 

Gambar di sini

  


 

 

 Tarikh : 17 Oktober 2017
 Masa : 9.30 pagi - 11.30 pagi
 Lokasi : Pusat Internet Gerik
 Peserta : Pelajar sekolah rendah

 

 

WhatsApp Image 2017-10-20 at 10.02.31 AM.jpegresize

 

Tujuan

Sempena cuti sekolah, Pusat Internet 1Malaysia Gerik telah mengadakan Kelas Asas Microsoft Word untuk pelajar-pelajar sekolah rendah. Para peserta berumur antara 9 tahun hingga 12 tahun. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk menggalakkan para pelajar mengisi masa lapang mereka ketika cuti sekolah dengan aktiviti yang bermanfaat. Di samping itu, para pelajar dapat belajar dan seterusnya mahir tentang asas komputer.

 

Aktiviti

Para pelajar didedahkan perkara asas tentang cara-cara menaip termasuklah menukar tulisan, saiz tulisan, membuat jadual, mewarna, memasukkan gambar, menyimpan file dan sebagainya. Dengan ini, mereka dapat memantapkan lagi kemahiran menaip secara pantas.

 

Gambar di sini