Tarikh | : 17 November 2017 |
Masa | : 10.00 pagi - 6.00 petang |
Lokasi | : Pusat Internet Gerik |
Peserta | : Amanah Ikhtiar Malaysia |
Kerjasama | : PI Gerik, PI Felda Lawin Selatan dan PI Felda Bersia |
Tujuan
Program Dashboard Komuniti kali ini dihadiri oleh 40 orang ahli Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) Cawangan Gerik. Tujuan program ini diadakan adalah untuk mempromosikan aplikasi Dashboard Komuniti kepada komuniti setempat khususnya AIM Cawangan Gerik. Program ini juga dapat meningkatkan bilangan keahlian baru PI, menarik minat semua golongan datang ke PI dan mengeratkan ukhwah di antara masyarakat setempat. Di samping itu, program ini dapat menyediakan satu platform untuk mempromosikan produk atas talian.
Aktiviti
Program ini terbahagi kepada dua sesi iaitu sesi pagi dan sesi petang. Pada sesi pagi, para peserta diberi penerangan tentang dashboard termasuklah MyKomuniti, MySoal, MyHealth, MySkool, MyPlace dan MyShop. Manakala pada sesi petang, mereka melakukan aktiviti photoshoot produk masing-masing untuk dimuatnaik ke dalam aplikasi Dashboard Komuniti dan secara tidak langsung dapat membantu mereka untuk mempromosikan produk. Selain itu, para peserta dapat memeriksa bacaan tekanan darah masing-masing. Pada akhir program terdapat segmen cabutan bertuah untuk semua peserta.