Tarikh | : 22 Mei 2018 |
Masa | : 2.00 - 5.00 petang |
Lokasi | : Pusat Internet Gerik |
Peserta | : Guru-guru Tabika KEMAS Parlimen Gerik |
Tujuan
Sistem Pengurusan Maklumat Sumber Manusia (HRMIS) membolehkan perancangan tenaga kerja dan penentuan saiz perkhidmatan awam yang berkesan melalui maklumat pengurusan sumber manusia.
Aktiviti
Guru-guru Tabika KEMAS Parlimen Gerik menggunakan PI Gerik untuk mengemaskini data mereka dalam laman web HRMIS.
Tarikh | : 14-15 Mei 2018 |
Masa | : 9.00 pagi - 5.00 petang |
Lokasi | : Pusat Internet Gerik |
Peserta | : Guru-guru Sekolah Menengah Daerah Hulu Perak |
Tujuan
Bengkel Internet of Thing (IoT) Arduino dilaksanakan di PI Gerik hasil kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan Jabatan Pendidikan Negeri Perak. Bengkel ini dijalankan untuk membantu guru-guru yang mengajar mata pelajaran Reka Bentuk dan Teknologi (RBT) dalam membangunkan projek-projek reka cipta yang mengintegrasikan Arduino dan platform IoT.
Aktiviti
Bengkel ini dijalankan selama dua sesi dan dua hari. Aktiviti ini dimulakan dengan penerangan tentang pengenalan software dan hardware arduino. Seterusnya, guru-guru diminta untuk membuat mini projek menggunakan software tersebut.
Tarikh | : 3 Mei 2018 |
Masa | : 9.00 pagi - 5.00 petang |
Lokasi | : Pusat Internet Gerik |
Peserta | : Usahawan |
Tujuan
Program E-Usahawan merupakan salah satu inisiatif MDEC untuk menerapkan nilai dan ilmu keusahawanan digital di kalangan golongan belia dan usahawan. Para peserta akan diberi pendedahan kepada teknik pemasaran digital yang efektif, praktikal dan relevan kepada pengguna semasa. Program ini membantu para peserta memanfaatkan kuasa platform digital untuk mengembangkan perniagaan.
Aktiviti
Bengkel ini dihadiri oleh 23 orang peserta. Para peserta diberi penerangan berkaitan dengan medium pengiklanan secara online seperti fb adds dan instagram untuk perniagaan dengan lebih meluas. Selain itu, mereka juga diajar tentang teknik 'copywriting' dan pengeditan foto untuk tujuan pengiklanan.
Tarikh | : 1 Mei 2018 |
Masa | : 10.00 pagi - 12.00 tengahari |
Lokasi | : Pusat Internet Gerik |
Peserta | : Komuniti |
Tujuan
Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk mempromosikan aplikasi Dashboard Komuniti kepada komuniti setempat. Aktiviti ini juga dapat meningkatkan bilangan keahlian baru PI, menarik minat semua golongan datang ke PI dan mengeratkan ukhwah di antara masyarakat setempat. Di samping itu, program ini dapat menyediakan satu platform untuk mempromosikan produk atas talian.
Aktiviti
Para peserta digalakkan memuat turun aplikasi 'Dashboard Komuniti' untuk memudahkan mereka log masuk. Mereka diberi penerangan tentang MyKomuniti, MySoal, MyHealth, MySkool, MyPlace dan MyShop. Secara tidak langsung dapat membantu mereka untuk mempromosikan produk secara atas talian.
Tarikh | : 30 April 2018 |
Masa | : 11.00 pagi - 1.00 petang |
Lokasi | : Pusat Internet Gerik |
Peserta | : Pelajar Kolej Vokasional Gerik |
Tujuan
Untuk memberi pendedahan tentang cara-cara membuat poster, crop gambar dan menghasilkan effect pada tulisan.
Aktiviti
Kelas kali ini dihadiri oleh para pelajar dari Kolej Vokasional Gerik. Sempena bulan Ramadhan yang bakal tiba, peserta diajar tentang cara-cara membuat poster untuk sambutan bulan yang mulia nanti.