Tarikh : 16 November 2018
Masa : 2.00 - 3.00 petang
Lokasi : Pusat Internet Gerik
Peserta : Golongan belia

 

WhatsApp Image 2018-11-16 at 3.32.33 PM

 

Tujuan

Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk mempromosikan aplikasi Dashboard Komuniti kepada komuniti setempat. Aktiviti ini juga dapat meningkatkan bilangan keahlian baru PI, menarik minat semua golongan datang ke PI. Di samping itu, aktiviti ini dapat menyediakan satu platform untuk mempromosikan produk atas talian.

 

Aktiviti

Peserta digalakkan memuat turun aplikasi 'Dashboard Komuniti' untuk memudahkan mereka log masuk. Mereka diberi penerangan tentang MyKomuniti, MySoal, MyHealth, MySkool, MyPlace dan MyShop.

 

Gambar di sini

 


Tarikh : 8 November 2018
Masa : 3.00 - 4.30 petang
Lokasi : Pusat Internet Gerik
Pengguna : Pelajar tingkatan 1

 

WhatsApp Image 2018-11-09 at 10.38.32 AM 1

 

Tujuan

Pelajar menggunakan komputer di PI Gerik untuk menyiapkan kerja sekolah yang diberikan oleh guru.

 

Aktiviti

Pelajar ini adalah pelajar tingkatan 1 dari SMK Gerik. Dengan bantuan petugas PI Gerik, pelajar ini menggunakan Microsoft PowerPoint untuk menyediakan slide bagi matapelajaran Geografi.

 

Gambar di sini


Tarikh : 22 Oktober 2018
Masa : 3.00 - 4.30 petang
Lokasi : Pusat Internet Gerik
Peserta : Darjah 5

 

44518056 1985369508167916 6489734178832121856 n

 

Tujuan

Untuk melibatkan murid dan menarik minat mereka dalam mempelajari sesuatu mata pelajaran dalam suasana yang menyeronokkan di samping dapat menggalakkan mereka aktif dalam aktiviti berkumpulan.

 

Aktiviti

Peserta menjawab soalan berdasarkan laman web Kahoot yang dipaparkan. Antara matapelajaran yang mereka pelajari ialah Bahasa Melayu, Sains dan ICT.

 

Gambar di sini


Tarikh : 30 Oktober 2018
Masa : 11.00 pagi - 1.00 petang
Lokasi : Pusat Internet Gerik
Pengguna : Guru-guru Tabika KEMAS Parlimen Gerik

 

45068887 2004374326267434 8230832110093467648 o

 

Tujuan

Sistem Pengurusan Maklumat Sumber Manusia (HRMIS) membolehkan perancangan tenaga kerja dan penentuan saiz perkhidmatan awam yang berkesan melalui maklumat pengurusan sumber manusia.

 

Aktiviti

Guru-guru Tabika KEMAS Parlimen Gerik menggunakan PI Gerik untuk mengemaskini maklumat mereka dalam laman web HRMIS. Seramai 11 orang guru KEMAS menghadiri aktiviti pada kali ini.

 

Gambar di sini


Tarikh : 13 Oktober 2018
Masa : 9.00 - 5.00 petang
Lokasi : Pusat Internet Gerik
Peserta : Golongan belia

 

44115349 1976709659033901 4279040281661145088 n

 

Tujuan

Sambutan Hari Sukan Negara telah di isytiharkan pada setiap hari Sabtu minggu kedua bulan Oktober setiap tahun. Sambutan Hari Sukan Negara ini merupakan suatu inisiatif Kementerian Belia dan Sukan di mana ia adalah satu langkah pro aktif didalam proses transformasi ke arah mencapai hasrat menjadikan Malaysia sebagai sebuah ‘Negara Bersukan’. Tujuan E-Sport FIFA ini diadakan adalah untuk menggalakkan golongan belia menyertai program kesukanan di samping dapat mengeratkan hubungan silaturrahim antara komuniti.

 

Aktiviti

E-Sport FIFA disertai oleh 16 orang peserta yang terdiri daripada golongan belia penduduk setempat. Selain e-game FIFA terdapat juga aktiviti-aktiviti lain yang berlangsung secara serentak yang dijalankan di Hentian Bas Gerik. Antaranya ialah Fit Malaysia, Fun Walk, Workout Challenge, Sepak Takraw, Mini Games dan lain-lain.

 

Gambar di sini