Tarikh : 4 Oktober 2018
 Masa : 9.00 - 11.00 pagi
 Lokasi : Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Perak
 Agensi : Pelbagai agensi sekitar Gerik

 

43165809 1960552997316234 7454219216007200768 o

 

Tujuan

Sambutan Hari Sukan Negara (HSN) yang diadakan setiap tahun sejak 2016 adalah salah satu inisiatif Kementerian Belia dan Sukan. HSN adalah penting di dalam usaha kerajaan menggalakkan rakyat menerapkan amalan budaya hidup cergas dan aktif di samping dapat memupuk semangat perpaduan di kalangan rakyat. Tujuan mesyuarat ini diadakan adalah untuk membincangkan tentang pembahagian tugas setiap agensi bagi sambutan HSN yang akan berlangsung 13 Oktober ini. 

 

Aktiviti

Mesyuarat HSN diadakan di Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) Gerik dihadiri oleh wakil dari setiap agensi iaitu PDT Hulu Perak, JKR Hulu Perak, Majlis Daerah Gerik, Pejabat Pendidikan Daerah Gerik, Pegawai Memerintah 4RS, PDRM, Jabatan Penerangan Daerah, Pejabat Kesihatan Daerah Gerik, Penghulu Kanan, Kolej Komuniti Gerik, Kolej Vokasional Gerik, APM, AADK Gerik, Kelab Sepak Takraw Gerik dan Majlis Belia Daerah Gerik.  

 

Gambar di sini