Tarikh | : 17 Oktober 2017 |
Masa | : 9.30 pagi - 11.30 pagi |
Lokasi | : Pusat Internet Gerik |
Peserta | : Pelajar sekolah rendah |
Tujuan
Sempena cuti sekolah, Pusat Internet 1Malaysia Gerik telah mengadakan Kelas Asas Microsoft Word untuk pelajar-pelajar sekolah rendah. Para peserta berumur antara 9 tahun hingga 12 tahun. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk menggalakkan para pelajar mengisi masa lapang mereka ketika cuti sekolah dengan aktiviti yang bermanfaat. Di samping itu, para pelajar dapat belajar dan seterusnya mahir tentang asas komputer.
Aktiviti
Para pelajar didedahkan perkara asas tentang cara-cara menaip termasuklah menukar tulisan, saiz tulisan, membuat jadual, mewarna, memasukkan gambar, menyimpan file dan sebagainya. Dengan ini, mereka dapat memantapkan lagi kemahiran menaip secara pantas.