Tarikh | : 5 Disember 2017 |
Masa | : 8.30 pagi - 1.00 petang |
Lokasi | : Pusat Internet Gerik |
Peserta | : Penyewa dan Usahawan MARA Hulu Perak |
Tujuan
Kursus ini disertai oleh 20 orang penyewa premis MARA dan usahawan MARA Hulu Perak. Permasaran online penting bagi mempromosikan produk dan perniagaan usahawan, sekaligus meningkatkan jualan bulanan. Oleh itu, Pusat Internet Gerik dengan kerjasama MARA Hulu Perak mengambil inisiatif dalam memberi gambaran menyeluruh tentang permasaran online. Tujuan utama kursus ini adalah untuk memberikan pengetahuan kepada usahawan tentang kepentingan permasaran online selari dengan perkembangan arus permodenan sekarang.
Aktiviti
Pada sesi pertama para peserta diberi penerangan tentang teori permasaran online dan facebook page (FBads). Manakala pada sesi kedua, mereka diajar tentang cara-cara membina page facebook serta boost post. Selain itu, mereka juga diberi pendedahan tentang aplikasi Dashboard Komuniti sekaligus membantu mereka untuk mempromosikan produk secara online.