Tarikh    : 24 Mei 2019

  Masa      : 2.30 petang - 4.30 petang

  Lokasi    : Pusat Internet Gerik

  Peserta  : Pelajar Lepasan SPM 2019

 

 

Tujuan 

Ini adalah proses akhir bagi pelajar lepasan SPM 2019 yang serstatus berjaya untuk kemasukan baru ke Politeknik sesi 2019/2020 di mana mereka perlu untuk membuat semakan akhir senarai yang perlu dibawa semasa mendaftarkan diri pada Jun 2019. Selepas membuat pengesahan maklumat, pelajar ini perlu untuk mencetak surat-surat yang berkaitan seperti senarai semak pendaftaran, yuran dan sebagainya.

 

Aktiviti

Pelajar membuat semakan bersama rakan-rakan yang lain dan setelah selesai mereka mengunakan perkhidmatan mencetak (print) di Pusat Internet Gerik

Gambar di sini

  Tarikh    : 14 Mei 2019

  Masa      : 2.30 petang - 4.30 petang

  Lokasi    : Pusat Internet Gerik

  Peserta  : Pelajar PT3

 

 

Tujuan 

Kerja Kursus dan folio adalah satu keperluan dalam pembelajaran iaitu sebahagian daripada penilaian tambahan untuk pelajar selain daripada menduduki peperiksaan akhir yang ditetapkan. Selain itu juga, ia adalah penilaian tambahan markah kepada pelajar untuk mendapatkan markah yang cemerlang. Ia adalah antara langkah KPM dalam memberikan pendedahan awal kepada pelajar untuk mengenal dan mempelajari cara atau sistem gerak kerja yang dipraktikkan pada peringkat pengajian IPTA dan IPTS. Jadi untuk melakukan kerja kursus dan folio ini memerlukan pelajar untuk mencari serta membuat analisis maklumat sebelum ia diterjemahkan kepada dalam bentuk ringkasan yang ditetapkan oleh guru mereka. Sudah pastinya untuk mencari maklumat tersebut mesti mengunakan kemudahan capaian internet sebagai tambahan selain sumber mereka di Perpustakaan. Oleh itu, mereka mengunakan kemudahan yang ada di Pusat Internet untuk menyiapkan kerja kursus dan folio.

 

Aktiviti

Mereka membuat perbincangan bersama ahli kumpulan mengenai tugasan yang diberikan. Kemudian tugas dibahagikan untuk mencari maklumat di Internet. Petugas pusat internet juga membantu dari segi kaedah untuk mengambil maklumat dari internet dengan betul kemudian dijadikan satu bentuk sumber rujukan yang betul. Jadi pelajar ini tidak sewenang-wenangnya menyalin terus maklumat daripada internet kerana mereka diajar teknik bagaimana untuk menyalin maklumat daripada internet dengan betul.

Gambar di sini

  Tarikh    : 2 Mei 2019

  Masa      : 4.00 petang - 5.15 petang

  Lokasi    : Pusat Internet Gerik

  Peserta  : Guru pendidikan awal kanak-kanak lepasan Diploma

 

 

Tujuan

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional atau PTPTN adalah antara satu saluran peminjaman kepada bakal pelajar yang melanjutkan pelajaran ke peringkat IPTA mahupun IPTS. Untuk membuat permohonan ke atas PTPTN kini terdapat portal yang perlu diakses oleh peserta di mana mereka perlu melengkapkan maklumat diri dan IPTA yang bakal didaftarkan. Selepas proses melengkapkan maklumat permohonan di dalam portal, peserta perlu menunggu sementara permohonan mereka berjaya atau tidak, jika berjaya, pihak PTPTN akan memaklumkan proses yang setersunya seperti membuka akaun bank (Senarai Bank ikut IPTA/IPTS). 

 

Aktiviti 

Petugas Pim akan menerangkan proses untuk mengisi portal PTPTN tersebut. Peserta telahpun membeli No.Pin di bank untuk mengakses ke dalam Portal Tersebut. Setiap pemohon perlu mempunyai No.Pin bagi satu permohonan mereka. Setelah selesai mengisi di Portal, mereka perlu menunggu untuk keputusan sama ada berjaya atau tidak.

Gambar di sini

 

  Tarikh    : 4 Mei 2019

  Masa      : 2.00 petang - 5.15 petang

  Lokasi    : Pusat Internet Gerik

  Peserta  : Pelajar Lepasan SPM dan ibu bapa

 

 

Tujuan

Taklimat dan sesi temuduga khas ini dijalankan oleh pihak pengurusan Felda di mana ia bertujuan untuk mencari pelajar-pelajar baru yang bakal mengisi slot untuk beberapa program yang ditawarkan oleh Kolej Mutiara. Kolej Mutiara ini bernaung di bawah pengurusan pihak Felda sepenuhnya. Selain itu juga, slot ringkas mengenai pusat internet diberikan kepada peserta termasuk pihak Felda yang merangkumi fungsi pusat internet kepada komuniti amnya.

 

Aktiviti

Slot dimulakan dengan taklimat dari pihak Felda mengenai program yang ditawarkan, selepas itu, petugas pusat internet meneruskan dengan taklimat ringkas serta akhir sekali, sesi temuduga khas dijalankan.

Gambar di sini

  Tarikh    : 2 Mei 2019

  Masa      : 10.00 pagi - 12.00 Tengahari

  Lokasi    : Pusat Internet Gerik

  Peserta  : Lepasan SPM

 

 

Tujuan

Resume adalah salah satu elemen penting dalam menghadiri satu temuduga di mana panel penemduga dari majikan dapat menjadikan rujukan mengenai diri calon yang merangkumi bidodata ringkas diri, pendidikan dan pengalaman bekerja. Resume perlu dibangunkan dengan ringkas supaya panel dapat membaca dan memahami dengan jelas dan ditambah dengan elemen info yang menarik. Selain itu juga, calon perlu untuk membuat 'cover letter' untuk tambahan yang mengandungi jawatan yang ingin dipohon.

 

Aktiviti

Peserta diberikan penerangan ringkas mengenai resume oleh petugas Pim. Petugas akan memastikan peserta memahami resume dengan baik supaya mereka dapat mempraktikannya ketika di rumah mahupun rakan-rakan yang memerlukan bantuan. Petugas Pim menjelaskan isi kandungan yang perlu dimasukkan ke dalam resume dan kehendak terkini bagi majikan. Selain itu, petugas Pim juga menunjukkan contoh resume yang dibangunakan secara elemen infografik yang lebih menarik dan mudah difahami.

Gambar di sini