Tarikh    : 2 Mei 2019

  Masa      : 10.00 pagi - 12.00 Tengahari

  Lokasi    : Pusat Internet Gerik

  Peserta  : Lepasan SPM

 

 

Tujuan

Resume adalah salah satu elemen penting dalam menghadiri satu temuduga di mana panel penemduga dari majikan dapat menjadikan rujukan mengenai diri calon yang merangkumi bidodata ringkas diri, pendidikan dan pengalaman bekerja. Resume perlu dibangunkan dengan ringkas supaya panel dapat membaca dan memahami dengan jelas dan ditambah dengan elemen info yang menarik. Selain itu juga, calon perlu untuk membuat 'cover letter' untuk tambahan yang mengandungi jawatan yang ingin dipohon.

 

Aktiviti

Peserta diberikan penerangan ringkas mengenai resume oleh petugas Pim. Petugas akan memastikan peserta memahami resume dengan baik supaya mereka dapat mempraktikannya ketika di rumah mahupun rakan-rakan yang memerlukan bantuan. Petugas Pim menjelaskan isi kandungan yang perlu dimasukkan ke dalam resume dan kehendak terkini bagi majikan. Selain itu, petugas Pim juga menunjukkan contoh resume yang dibangunakan secara elemen infografik yang lebih menarik dan mudah difahami.

Gambar di sini