Tarikh : 2 Mei 2019 Masa : 4.00 petang - 5.15 petang Lokasi : Pusat Internet Gerik Peserta : Guru pendidikan awal kanak-kanak lepasan Diploma |
Tujuan
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional atau PTPTN adalah antara satu saluran peminjaman kepada bakal pelajar yang melanjutkan pelajaran ke peringkat IPTA mahupun IPTS. Untuk membuat permohonan ke atas PTPTN kini terdapat portal yang perlu diakses oleh peserta di mana mereka perlu melengkapkan maklumat diri dan IPTA yang bakal didaftarkan. Selepas proses melengkapkan maklumat permohonan di dalam portal, peserta perlu menunggu sementara permohonan mereka berjaya atau tidak, jika berjaya, pihak PTPTN akan memaklumkan proses yang setersunya seperti membuka akaun bank (Senarai Bank ikut IPTA/IPTS).
Aktiviti
Petugas Pim akan menerangkan proses untuk mengisi portal PTPTN tersebut. Peserta telahpun membeli No.Pin di bank untuk mengakses ke dalam Portal Tersebut. Setiap pemohon perlu mempunyai No.Pin bagi satu permohonan mereka. Setelah selesai mengisi di Portal, mereka perlu menunggu untuk keputusan sama ada berjaya atau tidak.