Tarikh    :  3 Ogos 2019

  Masa      : 9.30 pagi - 2.00 petang

  Lokasi    : Taman Inai Gerik

  Peserta  : Orang Awam

 

 

Tujuan

Sambutan hari harimau 2019 yang diadakan di Taman Inai Gerik dirasmikan Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim. Ini kerana Bandar Gerik diiktiraf sebagai bandar harimau berikutan baki bilangan harimau jenis harimau malaya terdapat di Hutan Royal Belum, Gerik. Di samping itu juga terdapat aktiviti-aktiviti menarik seperti pameran dan sebagainya. Pusat Internet Gerik juga tidak ketinggalan dalam turut serta semasa program tersebut berlangsung. Program itu bertujuan memberi pendedahan kepada masyarakat sekitar Hulu Perak tentang kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan spesies serta habitat harimau yang terdapat di seluruh negara khususnya di Taman Negeri Royal Belum.

 

Aktiviti

Penduduk Gerik dan kawasan sekitarnya mengambil bahagian dalam aktiviti semasa program seperti melawat pameran dan 'Tiger Dance' oleh kanak-kanak sekitar Gerik. Pengunjung juga ditayangkan video mengenai dokumentari berkaitan 'harimau malaya' melalui paparan skrin besar.

 

Gambar di sini

  Tarikh    : 1 Ogos 2019

  Masa      : 9.30 pagi - 11.30 pagi

  Lokasi    : Pusat Internet Gerik

  Peserta  : Orang Awam

 

 

Tujuan

Sistem Pendaftaran secara atas talian (online) ini memudahkan kepada bakal pasangan yang akan mendirikan perkahwinan kerana tanpa perlu pergi ke Pejabat Agama Islam untuk mengisi secara manual. Ia juga tanpa menjimatkan masa dan hanya menunggu masa untuk mendapatkan kelulusan dan pengesahan sahaja dari Pejabat Agama Islam tersebut. Permohonan Kebenaran Berkahwin Online pada masa ini hanya meliputi permohonan yang dibuat di Negeri Sembilan, Melaka, Perlis, Kedah, Perak dan Wilayah Persekutuan namun kemudahan ini akan terus diperluaskan bagi merangkumi negeri-negeri lain di dalam masa yang terdekat.

 

Aktiviti

Pasangan datang ke Pusat Internet Gerik dengan membawa dokumen untuk rujukan mengisi secara online, petugas pusat internet sama-sama membantu dalam mengisi secara online tersebut. Setelah selesai semua, pasangan perlu mencetak borang tersebut dan menghantar kepada pejabat Agama Islam.

 

Gambar di sini

  Tarikh    : 13 & 14 Julai 2019

  Masa      : 9.00 pagi - 4.00 petang

  Lokasi    : Felda Nenering 1

  Peserta  : Komuniti Felda Nenering 1

 

 

Tujuan

Program Kelestarian Felda Zon Utara ini diadakan di Felda Nenering 1 di mana program ini diuruskan oleh Pejabat Penerangan Negeri Perak bersama kerjasama dengan jabatan-jabatan kerajaan dan swasta. Program ini adalah untuk memperkasakan lagi Felda khasnya di zon utara dengan memperkenalkan saluran maklumat kepada penduduk-penduduk Felda. Pusat Internet juga terlibat sebagai antara Pusat penyebaran maklumat ICT di bawah SKMM. Pelbagai booth maklumat dan jualan yang terdapat di program tersebut.

 

Aktiviti

Program ini dimulakan dengan aktiviti pagi iaitu kecergasan senamrobik untuk penduduk dan peserta dari Felda Nenering 1, seterusnya peserta boleh melawat semua booth yang tersedia pada hari program tersebut. Program ini dirasmikan oleh MB Perak iaitu, Dato' Seri Ahmad Faizal bin Azumu. Antara tetamu VIP yang hadir juga, Pengarah Penerangan Perak, Pengarah Urusan Felda Zon Perak, Penyelaras Dun Pengkalan Hulu.

Gambar di sini

  Tarikh    : 16 Julai 2019

  Masa      : 10.00 pagi - 11.30 pagi

  Lokasi    : Pusat Internet Gerik

  Peserta  : Calon SPA peperiksaan

 

 

Tujuan

SPA8 ataupun Suruhanjaya Perkhidmatan Awam adalah badan kerajaan yang dilantik dalam menjalankan tugas-tugas dan fungsi berkaitan perlantikan jawatan di dalam kerajaan merangkumi perlantikan, pengesahan dan sebagainya. Ia termasuklah dengan menjalankan proses peperiksaan online dan sesi temuduga bagi calon yang layak. Peperiksaan online ini diperkenalkan oleh SPA dalam memastikan calon benar-benar layak sebelum melalui proses temuduga, ia juga memastikan calon betul-betul kompetensi bagi memegang jawatan tersebut. Calon yang layak untuk melalui proses peperiksaan online perlu melengkapkan peperiksaan ini mengikut masa yang ditetapkan.

 

Aktiviti

Calon bersedia pada pukul 10.00 pagi yang ditetapkan oleh pihak SPA. Biasanya peperiksaan dijalankan dalam masa 1 hingga 2 jam. Hasil keputusan akan diketahui melalui email oleh pihak SPA.

Gambar di sini

  Tarikh    : 9 Julai 2019

  Masa      : 2.15 petang - 4.00 petang

  Lokasi    : Pusat Internet Gerik

  Peserta  : Pesara ATM 

 

 

Tujuan

Agensi Kaunseling Dan Pengurusan Kredit, atau biasanya dikenali sebagai AKPK, ialah sebuah agensi yang ditubuhkan oleh Bank Negara Malaysia pada bulan April 2006 untuk membantu individu menguasai situasi kewangan mereka dan mencapai ketenangan minda hasil daripada penggunaan kredit secara bijak. Di Pusat Internet, En.Mohd Zaki adalah seorang pesara tentera yang ingin membuat pinjaman kenderaan ingin belajar mengisi secara atas talian sistem AKPK seperti yang dikehendaki oleh pihak bank yang dipilih beliau untuk membuat pinjaman tersebut.

 

Aktiviti

En.Mohd Zaki dibantu oleh petugas Pusat Internet untuk melengkapkan proses mengisi di dalam sistem tersebut. Beliau juga dapat belajar kerana ia amat penting untuk melakukan sebarang pinjaman di masa akan datang kelak.

Gambar di sini