Tarikh : 9 Julai 2019 Masa : 2.15 petang - 4.00 petang Lokasi : Pusat Internet Gerik Peserta : Pesara ATM |
Tujuan
Agensi Kaunseling Dan Pengurusan Kredit, atau biasanya dikenali sebagai AKPK, ialah sebuah agensi yang ditubuhkan oleh Bank Negara Malaysia pada bulan April 2006 untuk membantu individu menguasai situasi kewangan mereka dan mencapai ketenangan minda hasil daripada penggunaan kredit secara bijak. Di Pusat Internet, En.Mohd Zaki adalah seorang pesara tentera yang ingin membuat pinjaman kenderaan ingin belajar mengisi secara atas talian sistem AKPK seperti yang dikehendaki oleh pihak bank yang dipilih beliau untuk membuat pinjaman tersebut.
Aktiviti
En.Mohd Zaki dibantu oleh petugas Pusat Internet untuk melengkapkan proses mengisi di dalam sistem tersebut. Beliau juga dapat belajar kerana ia amat penting untuk melakukan sebarang pinjaman di masa akan datang kelak.