Tarikh : 30 Julai 2018
Masa : 2.30 - 4.30 petang
Lokasi : Pusat Internet Gerik
Pengguna : Guru-guru Tabika KEMAS Parlimen Gerik

 

WhatsApp Image 2018-07-31 at 2.37.58 PM

 

Tujuan

Sistem Pengurusan Maklumat Sumber Manusia (HRMIS) membolehkan perancangan tenaga kerja dan penentuan saiz perkhidmatan awam yang berkesan melalui maklumat pengurusan sumber manusia.

 

Aktiviti

Guru-guru Tabika KEMAS Parlimen Gerik menggunakan PI Gerik untuk mengemaskini maklumat mereka dalam laman web HRMIS.

 

Gambar di sini


Tarikh : 24 Julai 2018
Masa : 3.00 - 4.00 petang
Lokasi : Pusat Internet Gerik
Peserta : Pelajar tahun 6

 

editjulai

 

Tujuan:

Mencari dan melorek perkataan yang tersembunyi dalam kotak samaada secara horizontal, vertikal atau diagonal secara online.

 

Aktiviti:

Peserta dikehendaki mencari dan melorek perkataan secara online melalui laman web Word Search. Setiap pelajar diberi kategori yang berbeza. Antara kategori tersebut ialah sukan, kereta, kerjaya dan lain-lain.

 

Gambar di sini


Tarikh : 11 Julai 2018
Masa : 12.00 tengahari - 2.00 petang
Lokasi : Pusat Internet Gerik

 

1edit

 

Tujuan

Untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri disamping dapat merapatkan hubungan silaturrahim antara staf dari tujuh buah Pusat Internet di Hulu Perak.  

 

Aktiviti

Dihadiri oleh 14 staf Pusat Internet kawasan Hulu Perak. Pelbagai juadah makanan raya disediakan.

 

Gambar di sini

 


Tarikh : 17 Julai 2018
Masa : 2.00 - 3.00 petang
Lokasi : Pusat Internet Gerik
Peserta : Pelajar tahun 5

 

WhatsApp Image 2018-07-20 at 2.55.52 PM 1

 

Tujuan

Belajar typing test dapat memahirkan peserta untuk menaip dengan pantas menggunakan keyboard komputer.

 

Aktiviti

Peserta memilih Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dan menaip perkataan yang Typing Test paparkan. Selepas menghabiskan ayat tersebut, peserta dapat melihat keputusan yang betul dan salah secara tidak langsung dapat mengukur tahap kecekapan mereka menaip.

 

Gambar di sini


Tarikh : 4 - 5 Julai 2018
Masa : 9.00 pagi - 5.00 petang
Lokasi : Pusat Internet Gerik
Peserta : Guru-guru Sekolah Menengah Daerah Hulu Perak

 

1a

 

Tujuan

Bengkel Internet of Thing (IoT) Arduino dilaksanakan di PI Gerik hasil kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan Jabatan Pendidikan Negeri Perak. Bengkel ini dijalankan untuk membantu guru-guru yang mengajar mata pelajaran Reka Bentuk dan Teknologi (RBT) dalam membangunkan projek-projek reka cipta yang mengintegrasikan Arduino dan platform IoT.

 

Aktiviti

Bengkel ini adalah lanjutan dari sesi pertama yang dijalankan selama dua hari untuk setiap sesi. Untuk sesi kedua kali ini guru-guru diminta untuk membuat dan membentang mini projek menggunakan software tersebut.

 

Gambar di sini