Tarikh    : 19 Oktober 2019

  Masa      : 9.30 pagi – 1.00 petang

  Lokasi    : Pusat Internet Gerik

  Peserta  : Sukarelawan ICT Cluster Hulu Perak

 

 

Tujuan

Taklimat ini diadakan untuk memberikan pengetahuan kepada sukarelawan-sukarelawan Cluster Hulu berkaitan dengan pemasangan siaran digital iaitu MyTv sebagai usaha untuk mewar-warkan mengenainya kepada komuniti memandangkan siaran Mytv ini masih baru. Taklimat ini dikendalikan oleh wakil MyTv di mana kandungan taklimat mengandungi apa itu MyTv dan kaedah pemasanganya serta pengetahuan-pengetahuan berkaitannya dan boleh dijadikan rujukan oleh komuniti.

 

Aktiviti

Taklimat bermula pada pukul 9.30 pagi dan berakhir sehingga pukul 1.00 petang. Pesertanya ialah Sukarelawan yang mewakili Cluster dari hulu perak.

Gambar di sini

 

 

  Tarikh    : 16 Oktober 2019

  Masa      : 3.30 petang – 5.30 petang

  Lokasi    : Pusat Internet Gerik

  Peserta  : Pelajar Tingkatan 2

 

 

Tujuan

Microsoft Powerpoint adalah platform yang asas digunakan untuk memudahkan proses sesuatu penyampaian (presentation) secara formal di samping boleh dimasukkan elemen mutimedia yang lain seperti gambar, teks dan video bagi menarik minat orang lain ketika proses penyampaian dijalankan. Seramai 4 orang pelajar tingkatan 2 datang ke Pusat Internet Gerik untuk mempertingkatkan penggunaan Powerpoint ini untuk digunakan di Makmal Komputer sekolah dan di rumah.

 

Aktiviti

Petugas pusat internet memberikan maklumat awal penggunaan Microsoft Powerpoint dari segi keberkesanannya dan cara untuk membangunkan proses melalui Microsoft Powerpoint ini. Pelajar ini dapat memahami dan mempelajar dengan baik.

 

Gambar di sini

  Tarikh    : 3 Oktober 2019

  Masa      : 9.30 petang – 11.00 pagi

  Lokasi    : Pusat Internet Gerik

  Peserta  : Calon SPA8

 

 

 

Tujuan

Calon yang layak disenaraikan untuk menduduki peperiksaan atas talian (online) perlu untuk menjawab semua soalan yang disediakan pihak SPA dan sekiranya berjaya dalam peperiksaan ini, calon ini akan menduduki proses temuduga di tempat dan masa yang ditetapkan.

 

Aktiviti

Ini adalah calon yang menduduki peperiksaan atas talian tersebut, iaitu Nurul Nabilah bt Awang Kechik bagi jawatan pembantu tadbir untuk SPA8. Bermula pada pukul 10.00 pagi dan berakhir pada pukul 11.00 pagi.

 

Gambar di sini

  Tarikh    : 14 Oktober 2019

  Masa      : 9.30 petang – 12.00 Tengahari

  Lokasi    : Pusat Internet Gerik

  Peserta  : Guru Tadika Islam

 

 

 

Tujuan

Microsoft Word antara perisian penting pada masa kini dalam proses untuk membuat surat supaya ia kelihatan lebih mudah dan selamat untuk disimpan dan dicetak berbandingan kaedah manual dan sebagainya. Dua orang guru tadika islam datang ke Pusat Internet untuk mempelajari secara asas untuk membuat surat mengunakan Microsoft Word dari segi fon, format dan sebagainya.

 

Aktiviti

Petugas Pusat Internet membimbing dua orang guru ini dari awal proses hinggalah proses akhir iaitu siap dan dicetak untuk dihantar kepada pihak yang berikut. Guru ini dapat menguasai secara asas dalam membuat surat mengunakan Microsoft Word dan akan mengaplikasikan kemahiran ini untuk kegunaan pada masa akan datang.

Gambar di sini

  Tarikh    : 30 Ogos 2019

  Masa      : 3.00 petang – 5.00 petang

  Lokasi    : Sekolah Agama Rakyat Kg Perah

  Peserta  : Murid tahun 1 hingga 5

 

 

Tujuan

Sambutan Hari Kemerdekaan ke 62 hasil kerjasama daripada Sekolah Agama Rakyat Kg Perah,Gerik yang melibatkan hampir 40 orang jumlah murid bermula daripada tahun 1 hingga 5. Objektifnya adalah menyemai semangat kemerdekaan dalam kalangan murid-murid dan juga semangat patriotisme dalam diri mereka untuk digunakan pada masa hadapan.

 

Aktiviti

Antara aktivitinya ialah pembentangan ringkas mengenai sejarah kemerdekaan Malaysia, nyanyian lagu kemerdekaan, laungan merdeka dan perarakan ringkas di sekitar Sekolah tersebut.

Gambar di sini