Tarikh    : 2 September 2019

  Masa      : 10.30 pagi - 12.30 tengahari

  Lokasi    : Pusat Internet Gerik

  Peserta  : Orang Awam

 

 

Tujuan

Sistem Pengurusan Perkahwinan Islam Malaysia (SPPIM) merupakan sistem yang disediakan berasaskan proses kerja untuk kegunaan semua Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) khususnya Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) di Malaysia secara lebih efisien dan teratur. Modul-modul yang terdapat dalam SPPIM antaranya ialah permohonan kursus pra-perkahwinan, permohonan kebenaran nikah, pendaftaran nikah sehinggalah kepada proses perceraian, rujuk dan rundingcara. Pasangan datang ke Pusat Internet untuk mengisi secara atas talian tersebut dan perlu mencetak borang tersebut serta perlu menunjukkan dokumen yang dicetak itu ke Pejabat Islam yang berdekatan.

 

Aktiviti

Pasangan diberikan panduan untuk mengisi secara atas talian tersebut dan mereka juga mengimbas gambar untuk dimuatnaik ke dalam sistem tersebut dan akhir sekali mereka mencetak sebagai proses akhir.

 

Gambar di sini