Tarikh    :  3 Ogos 2019

  Masa      : 9.30 pagi - 2.00 petang

  Lokasi    : Taman Inai Gerik

  Peserta  : Orang Awam

 

 

Tujuan

Sambutan hari harimau 2019 yang diadakan di Taman Inai Gerik dirasmikan Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim. Ini kerana Bandar Gerik diiktiraf sebagai bandar harimau berikutan baki bilangan harimau jenis harimau malaya terdapat di Hutan Royal Belum, Gerik. Di samping itu juga terdapat aktiviti-aktiviti menarik seperti pameran dan sebagainya. Pusat Internet Gerik juga tidak ketinggalan dalam turut serta semasa program tersebut berlangsung. Program itu bertujuan memberi pendedahan kepada masyarakat sekitar Hulu Perak tentang kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan spesies serta habitat harimau yang terdapat di seluruh negara khususnya di Taman Negeri Royal Belum.

 

Aktiviti

Penduduk Gerik dan kawasan sekitarnya mengambil bahagian dalam aktiviti semasa program seperti melawat pameran dan 'Tiger Dance' oleh kanak-kanak sekitar Gerik. Pengunjung juga ditayangkan video mengenai dokumentari berkaitan 'harimau malaya' melalui paparan skrin besar.

 

Gambar di sini