Tarikh | : 3-4 Disember 2018 |
Masa | : 11.00 pagi - 1.00 petang |
Lokasi | : Pusat Internet Gerik |
Peserta | : Pelajar sekolah rendah |
Tujuan
Untuk memberi pendedahan kepada pelajar tentang penggunaan dan aplikasi dalam komputer di samping dapat mengisi masa lapang mereka sempena cuti sekolah.
Aktiviti
Kelas ini berlangsung selama dua hari. Hari pertama para peserta belajar menaip biodata masing-masing dan memasukkan 'shape' dengan menggunakan Microsoft Word. Mereka juga mengulangkaji sifir darab secara online. Hari kedua pula mereka belajar membuat slide dengan menggunakan Microsoft PowerPoint (menaip dan masukkan gambar) dan menyusun puzzle secara online.