Tarikh : 15 Februari 2019 Masa : 10.00 pagi - 5.00 petang Lokasi : Pusat Internet Gerik Peserta : Wanita & Belia |
Tujuan
Latihan Keusahawanan ini dijalankan untuk meningkatkan kemahiran kepada usahawan-usahawan wanita dan belia mengenai penggunaan ICT untuk menjadikan ICT sebagai salah satu strategi untuk mempromosikan produk-produk mereka. Selain itu, dapat mewujudkan satu teknik pemasaran yang komprehensif mengikut penggunaan ICT dan pengurusan maklumat yang baik menerusi penggunaan ICT.
Aktiviti
Para peserta terdiri daripada usahawan-usahawan wanita dan belia terutamanya IKS, dan pada latihan ini lebih menekankan pengurusan dan penyimpanan maklumat data perniagaan yang dijalankan.