Tarikh : 14 Ogos 2020 Masa : 2.30 petang - 5.30 petang Lokasi : Pusat Internet Gerik Peserta : Usahawan Online Shopee |
Tujuan
Kelas online keusahawanan ini dijalankan kepada peniaga-peniaga kecil dan besar yang ingin mengembangkan perniagaan secara atas talian (online) melibatkan penjualan pelbagai produk yang dihasilkan. Ia seiring dengan kemajuan teknologi pada zaman sekarang di mana perniagaan dijalankan secara atas talian berbanding secara bersemuka kerana banyak kelebihannya kepada peniaga dan pembeli.
Kelas ini dikendalikan oleh pengajar yang berpengalaman yang menfokuskan kepada peniaga-peniaga yang berdaftar di bawah keahlian Pusat Interne Gerik.
Meskipun terdapat pelbagai medium perniagaan atas talian namun, Pusat Internet Gerik lebih menfokuskan medium Shopee oleh kerana mendapat sambutan yang sangat luas.
Aktiviti
Kelas dijalankan bermula daripada asas permulaan akauan sehingga kepada urusan jual beli antara penjual dan pembeli. Peserta terdiri daripada 11 orang yang mempunyai pelbagai jenis jualan.