Tarikh : 6 Ogos 2020 Masa : 10.00 pagi - 11.30 pagi Lokasi : Pusat Internet Gerik Peserta : Staf Jabatan Perangkaan Negeri Perak dan wakil Pusat Internet Kluster Hulu Perak 2020 |
Tujuan
Taklimat yang diberikan oleh staf dari Jabatan Perangkaan Negeri Perak adalah memberikan maklumat mengenai E-Cencus di mana Kerajaan Malaysia menerusi Jabatan Perangkaan Malaysia akan mula untuk melakukan bancian untuk maklumat mengenai populasi penduduk Malaysia untuk pembangunan pada masa akan datang. Bancian dilakukan mengikut tahun iaitu 10 tahun sekali seperti yang termaktub di dalam syarat-syarat bancian.
Jadi E-Cencus adalah sistem yang dibangunkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia dalam usaha untuk melicinkan urusan bancian dan juga penggunaan teknologi yang lebih baik. E-Cencus perlu diakses oleh penduduk sendiri dan mereka perlu mengisi pelbagai jenis maklumat yang diperlukan. Walau bagaimanapun, Jabatan Perangkaan masih mengekalkan kaedah manual iaitu mendapatkan maklumat secara dari rumah ke rumah memandangkan sistem ini memerlukan akses internet untuk mengunakannya.
Aktiviti
Taklimat dikendalikan sepenuhnya oleh wakil staf Jabatan Perangkaan Negeri Perak dan peserta ialah wakil Kluster Pusat Internet Hulu Perak. Aktivitinya ialah taklimat mengenai sistem E-Cencus mengenai cara penggunaannya sehinggan siap semua maklumat yang dimasukkan.