Tarikh : 20 November 2019 Masa : 3.00 petang - 5.30 petang Lokasi : Pusat Internet Gerik Peserta : Murid Sekolah Agama Rakyat Kg Perah, Gerik |
Tujuan
Permainan pendidikan secara atas talian adalah salah satu elemen yang terdapat di dalam pendidikan abad ke 21 yang melibatkan teknologi dan capaian kemudahan internet yang baik dalam menjayakannya.
Disamping permainan ini yang mampu menarik minat murid dan pelajar untuk bermain sambil belajar, ia juga mengunakan grafik-grafik, elemen multimedia interaktif yang mampu memperkembangkan kemahiran murid-murid secara kognitif supaya mereka lebih faham dan mudah menghafal sesuatu.
Seramai 20 orang murid dari Sekolah Agama Rakyat Kg Perah yang terdiri daripada Tahun 4-6 menjadikan Pusat Internet sebagai tempat untuk bermainan permainan pendidikan atas talian oleh kerana kemudahcapaian internet yang baik untuk digunakan.
Akitiviti
Kesemua murid diketuai oleh seorang guru diberikan taklimat ringkas oleh petugas sebelum dimulakan, dan petugas menyediakan soalan pendidikan online seperti kuiz mudah dan sebagainya. Selain itu, cenderahati diberikan kepada semua murid setelah selesai semuanya.