Tarikh : 6 November 2019 Masa : 9.30 pagi – 1.00 Tengahari Lokasi : Pusat Internet Gerik Peserta : Bendahari Masjid Daerah Hulu Perak |
Tujuan
Bengkel ini dijalankan adalah untuk memberi dan menambah pengetahuan kepada bendahari masjid di masjid-masjid hulu perak yang dilantikan oleh Jabatan Agama Islam Perak mengenai sistem yang digunapakai dalam proses untuk penyimpanan dan audit kewangan yang diperoleh oleh masjid. Jadi kebaikannya ialah bendahari tidak perlu untuk melakukan proses secara manual mengenai kewangan masjid serta dapat dipantau oleh pihak teknikal dan pengurusan Jabatan Agama Islam Perak. Di samping itu, elemen penggunaan ICT dapat membantu mereka dalam proses kepekaan terhadap teknologi yang digunakan kini.
Aktiviti
Peserta bagi bengkel ini ialah semua bendahari yang dilantik secara sah oleh Jabatan Agama Islam Perak bagi masjid setiap kariah di Hulu Perak. Bengkel dikendalikan oleh pegawai Agama Islam dari Gerik, Lenggong dan Ipoh. Dimulakan dengan penerangan dan seterusnya aktiviti praktikal penggunaan sistem tersebut.