Tarikh    : 21 November 2019

  Masa      : 3.00 petang - 5.30 petang

  Lokasi    : Pusat Internet Gerik

  Peserta  : Murid Sekolah Agama Rakyat Kg Perah, Gerik

 

 

Tujuan

Kahoot adalah antara permainan atas talian yang sesuai dengan semua peringkat umur di mana soalan disediakan dengan pelbagai grafik multimedia interaktif yang mampu menarik minat individu. Ia juga mampu meningkatkan kemahiran kognitif individu dalam usaha menjawab soalan-soalan yang disediakan mengikut topik atau subjek.

Seramai 21 orang murid-murid dan seorang guru dari Sekolah Agama Kg Perah,Gerik telah berkunjung ke Pusat Internet Gerik untuk bermain permainan Kahoot yang disediakan oleh petugas Pusat Internet. Soalan yang disediakan adalah bersesuaian dengan tahap umur murid-murid sekolah tersebut.

Ternyata permainan Kahoot ini sangat memberikan impak yang positif kepada peserta tersebut dan kelihatan mereka begitu semangat dan gembira untuk menjawab.

 

Aktiviti

Ia dimulakan dengan taklimat ringkas kepada peserta dan selepas itu permainan Kahoot dimulakan iaitu sebanyak 20 soalan yang disediakan. Permainan ini berakhir dengan permainan ditentukan dengan 30 orang peserta yang mendapat markah yang tertinggi.

Gambar di sini