Hutan Simpan Royal Belum
Royal Belum yang merupakan sebuah hutan dara yang luas dan merupakan salah satu kawasan hutan simpan terbesar di Semenanjung yang tidak pernah diterokai oleh manusia. Kehadiran spesis haiwan mamalia yang besar di sini seperti gajah, badak sumbu, tapir dan harimau menjadikan Hutan Belum sebuah hutan simpan yang amat istimewa. Hutan ini kaya dengan haiwan dan tumbuhan yang mengagumkan yang mana banyak kawasan di sini belum pernah di teroka atau diganggu oleh kehadiran manusia. Royal Belum bukan sahaja sebagai pintu gerbang tetapi rumah kepada khazanah alam semula jadi yang unik dan penting.
http://grik.pjk.com.my/index.php/warga-pi1m/sosio-ekonomi/28-pelancongan?showall=1#sigFreeIdc450c649d0
Pulau Banding
Banding meliputi kawasan seluas 12,728.58 hektar dan diunjurkan akan mempunyai jumlah penduduk seramai 616 orang pada tahun 2015. Guna tanah sedia ada bagi kawasan kajian ini adalah hutan iaitu, 8,957.210 hektar atau 66.26 peratus dari keseluruhan kawasan kajian. Guna tanah lain yang terdapat di BP6 ialah jalan/saliran (21.64 peratus), pertanian getah (10.9 peratus), tanah terbiar/kosong (1.17 peratus) dan perdagangan (0.03 peratus), Cadangan pembangunan utama sehingga tahun 2015 adalah kawasan pelancongan di Pulau Banding yang sesuai sebagai Hab Pelancongan Utama ( Main tourism Hub) bagi daerah Hulu Perak. Ia boleh dijadikan pintu masuk ke semua destinasi pelancongan di Tasik Temenggor dan Royal Belum.
Dataran Kuala Rui
Dataran Kuala Rui terletak kira-kira 13KM dari pekan Gerik. Kedudukan dataran ini adalah didalam sebuah perkampungan yang di panggil Kg Kuala Rui. Dataran ini dibina untuk akitiviti menyauk dan memancing ikan Luma.keunikan ikan luma ini ialah akan timbul pada setiap musim tengkujuh dan pada bulan Ogos. Pada bulan tersebut satu pesta menyauk ikan luma akan di adakan di dataran Kuala Rui. Ikan luma akan menghulu dari Sungai Perak ke Kuala Rui untuk tujuan pembiakan. Kerana populariti kawasan itu sebagai lubuk ikan luma, satu kawasan yang dikenali sebagai Dataran Ikan Loma dibina dengan kos RM80,000 untuk memudahkan orang ramai menangkap ikan.
Selain daripada itu tempat ini juga sesuai untuk aktiviti berkayak dan berakit kerana keadaan yang tidak berbahaya.
Air Beruk
Lokasi: Lokasi Air Beruk ini terletak kira-kira 20 minit dari Pekan Gerik jalan menghala ke Pengkalan Hulu. Tempat ini terletak di Kampung Padang Stang, Gerik. Saliran air ini dari sempadan Perak-Thailand. Air yang cantik dan nyaman amat sesuai untuk aktiviti reakrasi. Tujuan Air Beruk ialah untuk menjana elektrik bagi kawasan yang berdekatan. Dahulunya, org petani berhijrah ke tanah melayu menghulu melalui air beruk dan telah berkampung di Padang Stang. Di kawasan perkelahan Air Beruk juga disediakan kemudahan seperti tandas dan surau.