Hutan Simpan Royal Belum

 

Royal Belum yang merupakan sebuah hutan dara yang luas dan merupakan salah satu kawasan hutan simpan terbesar di Semenanjung yang tidak pernah diterokai oleh manusia. Kehadiran spesis haiwan mamalia yang besar di sini seperti gajah, badak sumbu, tapir dan harimau menjadikan Hutan Belum sebuah hutan simpan yang amat istimewa. Hutan ini kaya dengan haiwan dan tumbuhan yang mengagumkan yang mana banyak kawasan di sini belum pernah di teroka atau diganggu oleh kehadiran manusia. Royal Belum bukan sahaja sebagai pintu gerbang tetapi rumah kepada khazanah alam semula jadi yang unik dan penting.