Pulau Banding

 

Banding meliputi kawasan seluas 12,728.58 hektar dan diunjurkan akan mempunyai jumlah penduduk seramai 616 orang pada tahun 2015. Guna tanah sedia ada bagi kawasan kajian ini adalah hutan iaitu, 8,957.210 hektar atau 66.26 peratus dari keseluruhan kawasan kajian. Guna tanah lain yang terdapat di BP6 ialah jalan/saliran (21.64 peratus), pertanian getah (10.9 peratus), tanah terbiar/kosong (1.17 peratus) dan perdagangan (0.03 peratus), Cadangan pembangunan utama sehingga tahun 2015 adalah kawasan pelancongan di Pulau Banding yang sesuai sebagai Hab Pelancongan Utama ( Main tourism Hub) bagi daerah Hulu Perak. Ia boleh dijadikan pintu masuk ke semua destinasi pelancongan di Tasik Temenggor dan Royal Belum.

 

Terletak di Tasik Temenggor di Timur Perak. Tempat indah ini terdiri daripada aura hutan hujan tropika yang berusia berjuta tahun lamanya. ia merupakan sebuah lokasi yang menarik untuk merehatkan diri di dalam suasana aman dan damai. Di sini boleh menikmati keindahan alam semulajadi yang hijau dan tenteram.Terdapat beberapa resort yang disediakan untuk memudahkan pengunjung menikmati keindahan alam yang penuh dengan 1001 rahsia. pelbagai jenis hidupan yang tidak pernah kita lihat dan ketahui ada di sini.

 

Antara yang menarik boleh terdapat di Pulau Banding :

Menginap Houseboat

Memancing

Hiking

 

untuk pakej menarik boleh layari laman web : https://www.belumrainforestresort.com/