• PERKHIDMATAN WIFI KOMUNITI (WK)

PENUBUHAN

WiFi Komuniti (WK) sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan.

WiFi secara ‘hotspot’ merujuk kepada titik capaian yang disediakan di setiap lokasi bagi membolehkan pengguna menggunakan internet melalui isyarat gelombang WiFi.

Kawasan tumpuan bagi KTW1M meliputi kawasan luar bandar terpilih yang mendapat kurang liputan internet.

 

TUJUAN & MATLAMAT PENUBUHAN

Penyediaan perkhidmatan capaian internet tanpa wayar secara kolektif kepada masyarakat luar bandar di kawasan kurang liputan SECARA PERCUMA.

Menanamkan minat dan kesedaran tentang kepentingan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dalam kehidupan seharian seiring dengan inisiatif WiFi Komuniti (WK) yang direncanakan Kerajaan ke arah memupuk masyarakat berilmu dan progresif.

 

KONSEP HUB & SPOKE WK

Pelayan cache dipasang di hub yang berada di PI untuk kelancaran internet.

Hub berhubung kepada 5 spoke WK.

Setiap spoke berada dalam lingkungan 1 kilometer dari hub.

Liputan WiFi bagi setiap spoke adalah dalam lingkungan sehingga 250 meter.

Kelajuan internet bagi setiap hub dan spoke adalah 4Mbps.

 

LANGKAH PENGGUNAAN

1.Butang WiFi di peralatan komputer atau telefon pintar dihidupkan.

2.Cari isyarat WiFi di skrin yang bermula dengan perkataan KTW.

3.Pilih isyarat WiFi yang paling kuat (melebihi 3 bar).

4.Klik ikon internet. Laman sesawang KTW1M akan terpapar di skrin.

5.Daftar untuk pengguna kali pertama dan isikan butir-butir yang berkaitan.

6.Pengguna akan menerima ID dan kata laluan untuk melayari internet.