BUTIK HANANI

Keperluan Wanita Menutup Aurat

 

Nur Azrinahanim Binti Ramli, merupakan seorang usahawanita yang giat menjalankan perniagaan butik pakaian muslimah. Pelbagai pakaian dan aksesori khusus untuk wanita Muslim dijual samada di lot kedai berhampiran ataupun secara online.

 

Beliau bermula daripada berniaga kecil-kecilan seperti menjual kuih-muih apam polka dot, barangan felt kraft, dan rantai kunci. Beliau memasarkan produknya secara online.

 

Kejayaan

Bermula daripada jualan dropship daripada pembekal Niqab Collection kini beliau membuktikan kesungguhannya dalam menceburi perniagaan dengan berjaya membuka sebuah kedai. iaitu Butik Hannani. Butik ini yang terletak di No.10 Jalan Takong Datok 33300 Gerik Perak beroperasi Isnin hingga Sabtu bermula 9:30 pagi – 7.00 petang. Butik Hannani menjual pelbagai jenis pakaian muslimah seperti niqab, tudung labuh, jubah, aksesori pakaian dan lain-lain.  

 

Permintaan terhadap pakaian dan aksesori muslimah ini begitu mendapat sambutan bukan sahaja komuniti setempat malahan pembeli daripada negeri yang lain. Butik ini juga menawarkan pelbagai jenis kain dan warna aksesori tambahan yang memberikan banyak pilihan kepada pembeli yang rata-rata sukar untuk diperolehi. Pengguna biasanya ingin melihat kualiti barangan di kedai terlebih dahulu. Kemudian apabila berpuas hati dengan produk mereka seterusnya hanya membeli melalui online sahaja. 

Oleh hal demikian, pemilik Butik Hannani ini mengambil langkah untuk menggunakan platform internet sebagai medium jual beli produknya dan untuk pemasaran.