بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ

ASSALAMUALAIKUM W.B.T

Selamat Datang ke Portal Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Gerik, Perak

 

 WhatsApp-Image-2023-08-10-at-12.02.45-PM

 

Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) mengucapkan Selamat Datang dan Terima Kasih kepada anda yang sudi melawat laman portal komuniti kami. PEDi merupakan sebuah program yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dengan kerjasama TM Bhd dan MSD Digital Intelligence Sdn Bhd.

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah menubuhkan PEDi untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif dikawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) yang dahulunya dikenali sebagai Pusat Internet mempunyai peralatan IT dan Komputer yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar dapat menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti dibandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet seperti PEDi menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui Penubuhan PEDi ,diharap ia akan menyumbung kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras denagn objektif yang digariskan didalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).